Daisypath Happy Birthday tickers

Monday, November 30, 2009

..**cinta pd manusia vs kasih pd Allah**..


..**Assalamualaikum**..


hari ni dh msuk 1.12.2009...
hmm...dh msuk penghujung thun dh ni...
azam awal thn dlu tercapai tak???
apa azam bru aku yekk??
apa2pn azamnye yang pnting hbskan SPM dulu..
ada 4 lg paper..tp jaraknye jauh2..lama lagi rasanye nk hbs spm..
dh hbs spm nant nk ke langit biru pn boleh...
post ni sbnarnya nk tulis pasa hari raya haji
yng kita sambut bg mengenang pengorbanan
Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail...
pengorbanan kasih sayang yng cukup besar
ingin dilakukan oleh Nabi Ibrahim krna akur dgn perintah Allah SWT...
rasanye x lah terlambat...
"cinta pd manusia vs cinta pd Allah"
Maha Suci Tuhan, menciptakan dua susuk tubuh yang amat akur pada perintah seorang Pencipta. Betapa sukarnya Nabi Ibrahim untuk bertemu semula dengan anaknya yang ditinggalkan sejak dari kecil,dan setelah bertemu diminta pula untuk dikorbankan. Namun,cinta Allah lebih agung dari segalanya,disuarakan jua riwayat mimpi kepada si anak kecil yang masih belum kenal pada dunia, tetapi telah mengenal erti cinta. Cinta seorang hamba kepada Tuannya

Dua susuk tubuh ini sama-sama IKHLAS berKORBAN demi CINTA kepada Allah swt.Betapa lemahnya langkah Nabi Ibrahim ketika itu kerana tahu nasib yang akan menimpa Nabi Ismail,anak kesayangannya. Dan Allah swt tidak pernah lekang walau sesaat menghitung rintih hiba hambaNya ini,apatah lagi untuk menzalimi hambanya yang beriman yang akhirnya DIA mengurniakan rahmatNya:

'Dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar;Dan Kami kekalkan baginya (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian: ' (As-Saaffat:107-108)

ini merupakan kekasih Allah yang diuji sebegini rupa, bagaimana pula dengan diri kita? Cubaan dan dugaan yang dihadapi setiap hari kehidupan tidak ternilai berbanding mereka.Namun masih kita mudah berkeluh kesah dan lupa akan nikmat pemberianNya. Layakkah kita ke syurga berbekalkan mahar yang dibawa?

Cinta Nabi Ibrahim kepada Sang Pencipta mengorbankan si anak yang sangat dikasihinya,
Cinta Nabi Ismail menundukkan jiwa seorang bapa untuk redha pada ketentuan dariNya,
Bagaimana pula dengan cinta kita?



yang ni pulak...

Menyoroti kisah Nabi Ibrahim a.s, membuat kita jadi berfikir..

Bagaimana semudah itu Nabi Ibrahim a.s membuat keputusan untuk melakukan korban terhadap anakandanya Nabi Ismail a.s?

Tanpa sebarang alasan, tanpa sebarang persoalan dan tanpa minta ditangguhkan ! Nabi a.s akur akan perintah Allah s.w.t..Subhanallah, Maha Suci Allah ! Dengan rasa kasih dan wala' pada Tuhannya nabi a.s hanya patuh dan berserah. Itulah seagung-agung pengorbanan seorang hamba terhadap Tuhannya di dunia ini. Bagaikan sang kekasih yang hanya menuruti kehendak si kekasihnya yang lain, sanggup melakukan apa sahaja. Aduh..saya jadi kagum akan kisah ini ! Bagaimana mungkin akan wujud lagi persoalan-persoalan lain lantaran pengorbanan yang dilakukan lahir daripada rasa kasih sayang kepada Tuhannya.

No comments:

Post a Comment