Daisypath Happy Birthday tickers

Saturday, May 07, 2011

warkah buat BONDA........

assalamualiakum buat bonda tersayang...salam sayang dan rindu buat bonda anakanda hulurkan..

sebelum memulakan bicara,anakanda memohon kemaafan dari hujung rambut ke hujung kaki jika warkah ini mengguris hati bonda...

bonda..sejak ayahanda sakit,anakanda melihat bagaimana perit dan pelbagai kepayahan yg terpaksa bonda lalui demi melunaskan tanggungjawab bonda sebagai isteri...
terima kasih bonda kerana setia bersama ayahanda disepanjang hayatnya...anakanda sendiri amat mengagumi ketabahan bonda sehingga anakanda sendiri berasa hebatnya kasih sayang yang terjalin dalam keluarga kita...

bonda,anakanda mengerti akan kesedihan dan kepayahan yang bonda lalui lebih-lebih lagi setelah ayahanda meninggalkan kita...selain bonda,anakanda juga amat merasai kesedihan kerana kehilangan insan yang paling anakanda sayang sepertimana sayangnya anakanda kepada bonda....

belakangan ini anakanda merasakan seolah-olah kita semakin jauh...tapi kenapa ya bonda???mungkin kerana realiti yang bonda akan bawa dalam hidup anakanda..bonda..fahamilah anakanda mu ini....bonda sering mengatakan bahawa anakanda tidak memahami niat sebenar bonda....

hakikatnya,anakanda memahami bonda..anakanda mengerti sememangnya bonda mahukan yang terbaik buat anakanda mu..anakanda mengerti bonda mahukan kesenangan buat anakanda mu ini...setelah pelbagai keperitan dan kepayahan bonda lalui dalam fasa kehidupan bonda,anakanda mengerti mengapa bonda memilih keputusan ini...bonda mungkin mula lelah dengan pelbagai kepayahan hidup..tapi bonda kan seorang kuat..kuat mental dan kental jiwanya...

bonda,anakanda tak meminta kemewahan..anakanda tak minta kesenangan..yang anakanda mahu adalah BONDA...anakanda merindui pelukan hangat kasih sayang bonda...anakanda mendambakan belaian mesra daripada bonda...dalam hidup ini..hanya BONDA yang anakanda inginkan...apalah makna kehidupan dan kemewahan jika anakanda merasa jauh dari bonda walaupun hakikatnya kita dekat???

bonda menyatakan bahawa putera-puteri bonda mula berubah..tapi mengertikah bonda bahawa anakanda2 mu berubah kerana keputusan itu??mengertikah bonda mengapa anakanda2 mu seakan mahu menjauh dari bonda kerana keputusan itu???anakanda2 mu ini khuatir akan menjadi anak yang "menderhaka" kepada mu kerana keputusan itu???

bonda..anakanda mu yang seorang ini memohon dari hati yang paling dalam dengan penuh rendah diri dan kasih sayang kepada mu...ubahlah keputusanmu bonda...biarlah kami anakanda mu ini tidak merasa kesenangan..asal kebahagiaan hakiki dan kasih sayang agungmu ada bersama kami...

BONDA...........
sempena hari ibu,anakanda ingin menyatakan rasa kasih sayang anakanda terhadap bonda...semakin hari anakanda melihat kepayahan bonda,anakanda semakin sayang dan bangga kerana mempunyai seorang ibu yang sangat kental jiwanya...
BONDA..anakanda sayang bonda sangat...
tetapi kerana keputusan itu,anakanda sangat tersentuh...secara jujurnya anakanda merasa semakin jauh dari bonda kerana keputusan bonda itu....


......................................mama,angah sayang mama sangat2.......................................
HAPPY MOTHER'S DAY MA!!

No comments:

Post a Comment