Daisypath Happy Birthday tickers

Wednesday, August 03, 2011

tak sabar,,,berdebar..excited..


Assalamualaikum..
Rasanya belum lambat kot nak ucap SELAMAT BERPUASA..
nak tau tak apa benda ni?
ha..ini lah baju 'transformer' yg menjadi aksesori di badan aku ni sejak lepas accident haritu..
baju transformer ni setia melekap kat badan ni selama 2 bulan..
doktor kata untuk sokong badan,taknak bagi badan bongkok dan tak lenguh2..

esok,lepas 2 bulan kena pergi hospital balik..
nak 'dating' dgn doktor..
kena x-ray balik..nak tengok tulang blakang ni dah okay ke tak..
nak tengok tulang ni ada serpih lagi ke tak
nak tengok keberkesanan cara perubatan pak cik dkt Tumpat tu jgk..dia kata dia dah 'kunci' tulang aku tu..tak tau mcm mana dia buat..tapi tu kelebihan yg Allah s.w.t bagi kat dia..
nak tau samada baju transformer ni akan jadi aksesori pelengkap gaya masa Aidilfitri nanti atau tak..

hope everything will be fine..
Amin..

sebenarnya esok hari pertama peperiksaan pra-percubaan STPM
(dok pikir jga,penting dan perlu ke pra-percubaan?lps 2-3 minggu exm ni,ada the real PERCUBAAN STPM..ada pra-percubaan ni mcm stress la jga tapi ttp akan dan kena buat yg terbaik kan???)
esok exm kertas PENGAJIAN AM 2-:3jam
pastu PENGAJIAN AM 1-:2jam
terpaksa extend exam dan lps tu kene jawab balik paper ni sorang2..
haa...
boring...

harap semua akan ok!!
result check-up esok dan
result PRA-PERCUBAAN STPM 2011..

^_~
Hanin adilah bt Mohd Hashim

Wednesday, July 06, 2011

memBELEK post dolu2...


bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum...
hari ni..
bosan..
tak tau nak buat apa(wpun act bnyk keje nak buat..hehe)
nak post baru,takde SUBJECT menarik..
at last,jemari2ku 'memBELEK' POST DOLU2..

HASILNYA:
  1. tersengeh sorang2 bila baca post kat blog sendiri..
kenapa eh?:
  • banyak perkataan yg salah EJAAN..malu je kalau ada org baca(wpun maybe takde yg nak baca..)banyak salah tu sbb nk kejar masa sbb slalu ada org usha kat blakang bila dok online..hehe..(alasan..alasan..)
2.senyum sorang..

kenapa eh?:
  • post dolu2 banyak berangan...berangan nak itu,nak ini...nama pun berangan,dah sah2 la tak termakbul angan2 tu..lainlah kalau berimpian..impian tu InshaAllah akan termakbul..amin..
3.tersengeh2 lagi..

kenapa eh?:
  • post dolu2 ada ..**Dia**..hehe(yg ni lebih pada ke-ngada-ngada-an)...bila terbaca pasal ..**Dia**..mulalah berangan balik..tersengeh2 mcm kerang busuk..pastu ada perasaan ala-ala rindu..(ngeh-ngeh..perasan je lebih..)kan best kalau yg diangankan masa post **Dia** jd kenyataan...tapi biar lah ' let bygone be bygone '

4.lepas sengeh2,senyum2 pulak..

kenapa eh?:
  • sbb mula perasan post dolu2 cara 'peNaipan' kebudak-budakan wpun sekarang pun lebih kurang sama je...tapi ada la sikit improvement dlm penyampain..kan Hanin??
5.lepas sunyum2,sengeh2 balik..

kanapa pula ni?:
  • sbb bila baca post dolu2 aku bangga..la,bangga pulak..ye la wpun tak baik membangga diri...kenapa awak bangga Hanin??..em,saya bangga sbb blog saya ni,post2 saya yg dolu2 mula melakar dan mengoles warna kehidupan dalam minda saya mcm yg ada sy cakap kat sini dulu..saya mula nampak dan semakin boleh menilai harga sebuah kebahagiaan yg saya rasai dan sebuah keluarga bahagia yg saya miliki..
okay lah..ni je nak dikongsi kat 'rumah' ni...

^_~
hanin adilah mohd hashim..

oops..
p/s:kalau ada salah ejaan lagi,
maknanya Hanin,
awak kena lebih peka dgn kerja2 awak..

Sunday, July 03, 2011

kenapa aku menjadi BLOGGER??

bismillahiramanirahim...
kenapa aku jadi BLOGGER??
kenapa tiba2 aku terfikir akan persoalan ni??
aku tak tau...
bila jadi blogger,aku suka menjelajah dunia blogger2 lain..
dpd situ,bila aku baca blog org lain yg pengisiannya lebih serius,lebih segala2nya yg aku rasa dpd blog aku ni,aku rasa malula pulak utuk blogging lagi..
aku rasa aku pun nak mcm diorg jugak..menjadi blogger yg org ramai ikut..org suka baca update2 dia...
tapi aku sedar,aku tak mampu..
hakikatnya,kita mmg tak mampu nak jd sebaik org lain yg ilmunya lebih tinggi dpd kita kan..kadang2 aku rasa aku sekadar mampu melihat,mengintai,memerhati dan me'admire' dr jauh je blog2 hebat yg lain...
aku cuma orang yn pasang angan2 untuk menjadi hebat mcm yg lain2...
aku tak tau bahasa2 puitis..
aku tak pandai bermadah pujangga..
aku tak reti nak menyulam kata..
aku tak tahu nak berkongsi ilmu,kisah dan teladan dpd kitab AGUNG kita..
yg aku tahu hanya meluah kata hati..
menyulam janji kat blog aku ni..
mecoret harapan mama,ayah dah adik-beradikku kat blog aku ni..
melakar kenangan serta mencorak mimpi..
tapi untuk apa semua tu??
ya..hanya ini jawapan yang pasti dapat aku beri...
aku menjadi BLOGGER
untuk aku menjadi aku..
untuk aku mencoret janji,harapan dan keinginanju..
agar nanti aku sentiasa tahu apa yg aku nak dlm hidup aku ni..
agar nanti aku tahu aku ada tanggunujawab yg perlu aku lunasi..
agar nanti aku dapat tersenyum sambil melakar kembali ingatan tentang memori indah dlm hidupku..
agar nanti aku sedar kenangan pahit yg aku lalui perlu aku jadikan pengajaran dalam hiodupku..
Ya..aku menjadi BLOGGER kerana aku ingin mencoret kisah hidupku dan rasa hatiku..
bukan untuk menjadi tatapan org lain..
bukan untuk berkungsi informasi dgn org lain..
BLOG aku..Dunia aku..
aku tak kisah tak punya ramai follower sbb aku tak suka org terlalu ambik tahu ttg hidupku..
aku tak kisah tak punya ramai kawan yg mengikuti update2 yg aku buat sbb susah senang hidupku hanya aku dan keluarga terdekat aku je yg selama ni menongkah arus kehidupan ni..
HANYA mama yg sudi nak dengar ceritera hidupku..
HANYA mama kakak yg sentiasa ada untuk membantu aku dlm hari2ku..
HANYA kakcik yg selalu ada utk berkongsi kegembiraan..
HANYA aizat yg ada utk aku berketawa riang
HANYA adik yg ada utk mncriakan kehidupan kluarga aku ni..
dan HANYA mereka yg melengkapi hidup aku..
dan kini HANYA kenangan yg mendekatkanku menguatkan kasih sayang aku pada AYAH..
hidupku HANYA aku,mama,kakak,kakcik,aizat,adik dan kenangan bersama AYAH yg melakar senyumku dan melencunkan mukaku dgn air mata...
krn sbb itulah aku menjadi BLOGGER...
HANYA sbb itu..
tak ada sbb lain..hanya utk diri aku..
bukan utk org lain..
AKU,KELUARGA,HIDUPKU dan BLOGku...

^_~
hanin adilah bt mohd hashim...

Saturday, July 02, 2011

..**total makeOver**..

bismillahirahmanirahim...
assalamualaikum..
yeay!!
harini dah dpt buat total makeover kat blog ni..
harini jugak cg asiah,cg fatimah,jah,chenor ngan zainies dtg rumah..dtg melawat..
k lah..stekat ni,ini je la yg nak dbgtau...
salam..

Monday, June 20, 2011

peristiwa 060611


bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..
ni nak coretkan ttg peristiwa yg meninggalkan kenangan yg pada mulanya pahit tp lama kelamaan menjadi manis kerana yakin akan janji Allah bahawa setiap kejadian ada hikmahnya..setiap kesakitan merupakan tanda kasih sayang Allah kpd hamba2nya...setiap ujian adalah untuk mendekatkan kita dengan Sang pencipta..agar lebih menghargai kehidupan dan nikmat kesihatan yg Allah beri..
06.06.2011
harini sepatutnya menjadi hari yg menggembirakan kak cik iaitu
http://www.facebook.com/fiqa.kiki sebab harini sepatutnya dia mendaftarkan diri di UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN kat Terengganu..
dalam perjalanan,Allah beri ujian...
kami terlibat dlm kemalanhan jalan raya di kws Kpg Setia Jaya,Merang..Alhamdulillah..
Allah masih beri kesempatan untuk bernafas di buminya..
Allah masih beri kesempatan untuk meneruskan hidup...
kalau nak kata semua tak cedera,mustahillah kan...
tapi sekali lagi bersyukur sebab takda yg cedera teruk..semua luka2 luar je..
(huhu..wpun aku terpatah tulang belakang sket)

yg aku tau skarang,kami satu family MERINDUI kereta kami dulu...
kereta AVANZA MAROON DAU8862..

Saturday, June 18, 2011

2 in 1..

assalamualaikum..
bismillahirahmanirahim..
19.6.2011..
penduduk satu dunia sambut hari bapa untuk mengenang jasa dan kasih sayang bapa diorang..
aku pun mcm tu juga..
menyambut hari bapa dgn menucapkan 'ayah,happy father's day!!'
menyambut secara biasa2 saja..
mama akan masak special hari ni..
nak bagi suami dan anak2 rasa air tangan mama yg mmg SUPERB!!
(rindunye time tu..huhu)tapi tu satu waktu dulu..
waktu ayah masih ada disisi aku memberi kehidupan dan kasih sayangnya yang membuat aku sentiasa merindui gelak tawa dan gurau sendanya setiap kali berjauhan dgnnya..
tapi sekarang dah berbeza..
ayah dah pergi bertemu Sang Penciptanya yang maha penyayang dan maha mengetahui setiap perkara yg terbaik untuk hamba2nya..
aku reda dan mula dapat menerima akan hakikat aku dah takde ayah..tapi yang aku sangat yakin ialah aku hidup kerana smangat ayah dan ketabahan mama bersama kami adik beradik..
happy father's day ayah..
you're the best person i ever meet..
i love you..
i miss you..
i'm yours forever...
thank you ayah for everything you've done to me...
i wish you're here with me bcs I LOVE YOU VM..


19.6.1999
budak dalam gambar ni dilahirkan oleh mamaku...
hari ni bday dia..
so,HAPPY BIRTHDAY ADIK..
semoga menjadi anak yg soleh,menyenangkan dan membahagiakan mama dan ayah kat 'sana'..

Friday, June 17, 2011

SANG PEMIMPI...

assalamualaikum...
kite skarang dalam cinta (in love..hehe..)dengan filem Indonesia ni walaupun filem ni tak lah baru sangat...saat pennduduk dunia sibuk berbicara memuji2 dan mengalirkan air mata ketika menonton filem-filem seperti AYAT-AYAT CINTA dan KETIKA CINTA BERTASBIH,ramai yang terlepas pandang untuk menilai filem ini juga..filem ini juga boleh mengalirkan air mata penonto,mengundang tawa dan menyemarakkan perasaan geram dan marah(tertutamanya kepada watak Pak Mustar yg merupakan pengetua sekolah budak2 SANG PEMIMPI ni)
ni pulak novel SANG PEMIMPI...
filem ni sebenarnya sequel dpd filem LASKAR PELANGI yg menonjolkan tema yg sama iaitu harapan,semangat,cita-cita dan mimpi...
filem SANG PEMIMPI dan LASKAR PELANGI ni diadaptasi dari cerita novel dengan tajuk yg sama...
so,sekarang ni kite nak kena cari novelnya la pulak...
yang bertiga ni la teraju utamanya...
ikut turn dari kiri:
1)jimbron-seorang yg sgt meminati kuda...sentiasa bercakap pasal kuda...selalu baca buku pasal kuda n berimpian nak memiliki seekor kuda untuk memberi senyuman kpd Laksmi,gadis di kampungnya
2)Arai-dialah sebenarnya SANG PEMIMPI..seorang anak yatim dan dijaga oleh keluarga Ikal..sentiasa memberi semangat kepada kawan2nya yg mudah goyah pendirian..sentiasa bercita2 tinggi untuk belajar di Paris ..tak pernah putus asa untuk memikat Zakiah Nurmala yang selalu susah untuk senyum padanya sehingga Arai berjumpa dengan org dalam gambar kat bawah ni ha...ni la ORKESTRA MELAYU PAK JAY WIJAYANTO yg bagitau ARAI rahsia memikat wanita...nak tau rahsianya dan adakah Arai berjaya pikat Zakiah Nurmala kene la tengok citer ni dulu...
3)Ikal-pelajar yg pintar sama seperti Arai..juga seperti Arai yg bercita2 untuk belajar di Paris tetapi kesungguhan terhadap impiannya mula goyah bila dihina...semangatnya kembali pulih bila Arai dan Jimbron dtg memujuk...
ORKESTRA MELAYU PAK JAY WIJAYANTO
akhirnya Arai dan Ikal sampai ke Eropah...
ayat pertama yg keluar dari mulut Ikal ialah "salju rai!!!"
habis sekolah menengah,Arai dan Ikal berangkat ke Jakarta untuk belajar dan kejar biasiswa ke Paris...
segala penat lelah Arai,Ikal dan Jimbron berjauhan dpd keluarga dan melakukan macam2 kerja untuk kumpul duit dan bersekolah menengah berhasil bila Arai dan Ikal berjaya ke Uni di Jakarta...
Jimbron pulak kekal kat kampung...
lepas graduation kat Uni jakarta,Arai dan Ikal terpisah dan tak berapa lama lepas tu Arai dan Ikal bertemu kembali masa hantar proposal untuk dptkan biasiswa ke Paris..
segala suka,duka,susah,senang,sedih dan gembira yg dilalui tiga sahabat ni ditempuhi dengan tabah hanya kerana satu sebab..
sebabnya ialah untuk membalas jasa ibu bapa diorang dan memberi kebahagiaan kepa da ayah diorang terutamanya bg kehidupan Arai dan Ikal..
bak kata Ikal,segalanya demi 'AYAH JUARA NOMBOR SATUku"



satu dialog yang sangat aku suka dalam filem ni yg juga menyuntik semangatku untuk terus balajar dan berjuang mengejar mimpi dan cita2ku ialah:

'BEBASKANLAH PEMIKIRANMU,JELAJAHI INDONESIAMU YANG LUAS,TEROKAI CERUK AFRIKA YANG EKSOTIS,SELUSURILAH EROPAH YANG MEGAH LALU BERHENTILAH DI PELANTAR ILMU DI UNIVERSITAS SORBONNE,PARIS...
BERMIMPILAH YANG BESAR KERANA SEBERAPA BESAR MIMPIMU TIDAK PENTING KERANA YANG PENTIN IALAH SEBERAPA BESAR KAMU UNTUK MIMPIMU.."
-PAK BALIA,guru yg mmberi inspirasi kepada SANG PEMIMPI-