Daisypath Happy Birthday tickers

Monday, June 20, 2011

peristiwa 060611


bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..
ni nak coretkan ttg peristiwa yg meninggalkan kenangan yg pada mulanya pahit tp lama kelamaan menjadi manis kerana yakin akan janji Allah bahawa setiap kejadian ada hikmahnya..setiap kesakitan merupakan tanda kasih sayang Allah kpd hamba2nya...setiap ujian adalah untuk mendekatkan kita dengan Sang pencipta..agar lebih menghargai kehidupan dan nikmat kesihatan yg Allah beri..
06.06.2011
harini sepatutnya menjadi hari yg menggembirakan kak cik iaitu
http://www.facebook.com/fiqa.kiki sebab harini sepatutnya dia mendaftarkan diri di UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN kat Terengganu..
dalam perjalanan,Allah beri ujian...
kami terlibat dlm kemalanhan jalan raya di kws Kpg Setia Jaya,Merang..Alhamdulillah..
Allah masih beri kesempatan untuk bernafas di buminya..
Allah masih beri kesempatan untuk meneruskan hidup...
kalau nak kata semua tak cedera,mustahillah kan...
tapi sekali lagi bersyukur sebab takda yg cedera teruk..semua luka2 luar je..
(huhu..wpun aku terpatah tulang belakang sket)

yg aku tau skarang,kami satu family MERINDUI kereta kami dulu...
kereta AVANZA MAROON DAU8862..

Saturday, June 18, 2011

2 in 1..

assalamualaikum..
bismillahirahmanirahim..
19.6.2011..
penduduk satu dunia sambut hari bapa untuk mengenang jasa dan kasih sayang bapa diorang..
aku pun mcm tu juga..
menyambut hari bapa dgn menucapkan 'ayah,happy father's day!!'
menyambut secara biasa2 saja..
mama akan masak special hari ni..
nak bagi suami dan anak2 rasa air tangan mama yg mmg SUPERB!!
(rindunye time tu..huhu)tapi tu satu waktu dulu..
waktu ayah masih ada disisi aku memberi kehidupan dan kasih sayangnya yang membuat aku sentiasa merindui gelak tawa dan gurau sendanya setiap kali berjauhan dgnnya..
tapi sekarang dah berbeza..
ayah dah pergi bertemu Sang Penciptanya yang maha penyayang dan maha mengetahui setiap perkara yg terbaik untuk hamba2nya..
aku reda dan mula dapat menerima akan hakikat aku dah takde ayah..tapi yang aku sangat yakin ialah aku hidup kerana smangat ayah dan ketabahan mama bersama kami adik beradik..
happy father's day ayah..
you're the best person i ever meet..
i love you..
i miss you..
i'm yours forever...
thank you ayah for everything you've done to me...
i wish you're here with me bcs I LOVE YOU VM..


19.6.1999
budak dalam gambar ni dilahirkan oleh mamaku...
hari ni bday dia..
so,HAPPY BIRTHDAY ADIK..
semoga menjadi anak yg soleh,menyenangkan dan membahagiakan mama dan ayah kat 'sana'..

Friday, June 17, 2011

SANG PEMIMPI...

assalamualaikum...
kite skarang dalam cinta (in love..hehe..)dengan filem Indonesia ni walaupun filem ni tak lah baru sangat...saat pennduduk dunia sibuk berbicara memuji2 dan mengalirkan air mata ketika menonton filem-filem seperti AYAT-AYAT CINTA dan KETIKA CINTA BERTASBIH,ramai yang terlepas pandang untuk menilai filem ini juga..filem ini juga boleh mengalirkan air mata penonto,mengundang tawa dan menyemarakkan perasaan geram dan marah(tertutamanya kepada watak Pak Mustar yg merupakan pengetua sekolah budak2 SANG PEMIMPI ni)
ni pulak novel SANG PEMIMPI...
filem ni sebenarnya sequel dpd filem LASKAR PELANGI yg menonjolkan tema yg sama iaitu harapan,semangat,cita-cita dan mimpi...
filem SANG PEMIMPI dan LASKAR PELANGI ni diadaptasi dari cerita novel dengan tajuk yg sama...
so,sekarang ni kite nak kena cari novelnya la pulak...
yang bertiga ni la teraju utamanya...
ikut turn dari kiri:
1)jimbron-seorang yg sgt meminati kuda...sentiasa bercakap pasal kuda...selalu baca buku pasal kuda n berimpian nak memiliki seekor kuda untuk memberi senyuman kpd Laksmi,gadis di kampungnya
2)Arai-dialah sebenarnya SANG PEMIMPI..seorang anak yatim dan dijaga oleh keluarga Ikal..sentiasa memberi semangat kepada kawan2nya yg mudah goyah pendirian..sentiasa bercita2 tinggi untuk belajar di Paris ..tak pernah putus asa untuk memikat Zakiah Nurmala yang selalu susah untuk senyum padanya sehingga Arai berjumpa dengan org dalam gambar kat bawah ni ha...ni la ORKESTRA MELAYU PAK JAY WIJAYANTO yg bagitau ARAI rahsia memikat wanita...nak tau rahsianya dan adakah Arai berjaya pikat Zakiah Nurmala kene la tengok citer ni dulu...
3)Ikal-pelajar yg pintar sama seperti Arai..juga seperti Arai yg bercita2 untuk belajar di Paris tetapi kesungguhan terhadap impiannya mula goyah bila dihina...semangatnya kembali pulih bila Arai dan Jimbron dtg memujuk...
ORKESTRA MELAYU PAK JAY WIJAYANTO
akhirnya Arai dan Ikal sampai ke Eropah...
ayat pertama yg keluar dari mulut Ikal ialah "salju rai!!!"
habis sekolah menengah,Arai dan Ikal berangkat ke Jakarta untuk belajar dan kejar biasiswa ke Paris...
segala penat lelah Arai,Ikal dan Jimbron berjauhan dpd keluarga dan melakukan macam2 kerja untuk kumpul duit dan bersekolah menengah berhasil bila Arai dan Ikal berjaya ke Uni di Jakarta...
Jimbron pulak kekal kat kampung...
lepas graduation kat Uni jakarta,Arai dan Ikal terpisah dan tak berapa lama lepas tu Arai dan Ikal bertemu kembali masa hantar proposal untuk dptkan biasiswa ke Paris..
segala suka,duka,susah,senang,sedih dan gembira yg dilalui tiga sahabat ni ditempuhi dengan tabah hanya kerana satu sebab..
sebabnya ialah untuk membalas jasa ibu bapa diorang dan memberi kebahagiaan kepa da ayah diorang terutamanya bg kehidupan Arai dan Ikal..
bak kata Ikal,segalanya demi 'AYAH JUARA NOMBOR SATUku"



satu dialog yang sangat aku suka dalam filem ni yg juga menyuntik semangatku untuk terus balajar dan berjuang mengejar mimpi dan cita2ku ialah:

'BEBASKANLAH PEMIKIRANMU,JELAJAHI INDONESIAMU YANG LUAS,TEROKAI CERUK AFRIKA YANG EKSOTIS,SELUSURILAH EROPAH YANG MEGAH LALU BERHENTILAH DI PELANTAR ILMU DI UNIVERSITAS SORBONNE,PARIS...
BERMIMPILAH YANG BESAR KERANA SEBERAPA BESAR MIMPIMU TIDAK PENTING KERANA YANG PENTIN IALAH SEBERAPA BESAR KAMU UNTUK MIMPIMU.."
-PAK BALIA,guru yg mmberi inspirasi kepada SANG PEMIMPI-