Daisypath Happy Birthday tickers

Tuesday, May 31, 2011

boleh tak nak balik FORM 5 semule???

assalamualaikum...
tengah layan lagu DAN SEBENARNYA from YUNA...
yg bestnye lagu ni :
aku rasa muda
rasa macam balik ke tahun 2009
rasa macam balik ke form5
rasa rindu nak pergi kelas malam
tiba2 rasa tak sabar nak pergi kelas malam bukak sekolah nanti
rasa rindu dengan orang2 yang pergi kelas malam sama aku tahun 2009 dulu

ecece hanin:
bila dengar lagu DAN SEBENARNYA...
aku rindu nak balik tingkatan lima semula..
tahun 2009 mmg tahun yg paling best,paling banyak tinggalkan kenangan...
bila dengar lagu ni,
aku tetibe je teringat(nak cakap rindu takleh sbb aku ngan dia bukan couple..kawan pun tak) kat sorang makhluk Allah ni..nama dia rasanya tak perlu la nak disebut...

akhir sekali:
DAN SEBENARNYA....
aku sangat2 merindui kehidupan aku pada tahun 2009..
kehidupan yang lebih banyak suka daripada duka..
kehidupan yang membuat aku menjadi aku sekarang untuk mencorak masa depanku..
kehidupan yang sentiasa diberi sokongan oleh sumber kekuatanku..AYAH..
kehidupan yang sentiasa dipenuhi dengan warna2 kehidupan...
warna ceria juga warna suram yg kadang kala menjengah hari2ku untuk mengajarku tentang kehidupan...

DAN SEBENARNYA:
aku rindu umur sweet17ku

DAN SEBENARNYA:
aku di tahun 2011 tidak lagi seperti aku di tahun 2009
aku semakin dewasa
aku semakin banyak diuji oleh ALLAH untuk menilai keimanan dan ketaatanku kepadaNya
semakin banyak cabaran hidup yang perlu dilalui
semakin terserlah warna2 dan ranjau2 kehidupan yang perlu ditempuhi untuk menjadikan aku lebih dewasa...

DAN SEBENARNYA:
aku tak mampu tanpa mu...
tanpa insan2 yang aku sayang..
tanpa ayah,mama,kakak,dan adik2ku..
aku tak mampu tanpa insan2 yang sentiasa menyokongku...

OKEY LAH:
sampai sini dulu luahan raswa dan dedikasai yg ingin dicoretkan...
Assalamualaikum

Friday, May 13, 2011

orientasi lower six...

bismilahirramanirrahim..
minggu lepas budak2 PPUA2 ditugaskan utk tolong cg masa pendaftaran lower six tahun 2011...dalam seminggu minggu orientasi macam2 ragam dan gaya bakal student
PUSAT PERSEDIAAN UNIVERSITI SMKKB dpt dilihat...

sebelum apa2...
mcm biasa pasti ada suara2 sumbang yg bercakap ttg kekurangan naik f6...ada pula suara2 riak bila dapat blajar kat U...
hakikatnyanaik f6 ni pun kebaikannya lebih lagi dr buat diploma yg dibangga2kan tu...


LOWER SIX SMKKB 2011...
jumlahnya lagi ramai daripada upper six..bila dah ramai camtu,macam2 ragam yg kami dpt tengok..ada yg dtg tenaga pengajar suruh balik rumah sbb rambut macam2 pesen mcm nak buat pertunjukkan fesyen rambut...ALASAN depa taknak gunting rambut sbb depa masuk f6 sementara nak tunggu rayuan ke IPTA dan POLITEKNIK...apapun alasannya depa sepatutnya gunting rambut pendek sbb depa daftar masuk SEKOLAH bukannya IPT atau KOLEJ....masalah rambutni masalah lelaki...budak2 lelaki tahun ni badan depa lebih besar dpd abang2 upper six..
so,abang2 upper six,adik2 junior tu nampak lebih menyerlah dpd korang..nasib baik jgk cg tak bagi kita izin utk dera budak2 baru tu,kalau tak maybe abang2 senior yg kena dera dgn adik2 junior...

LOWER SIX SMKKB 2011...
masalah budak perempuan lain pulak..baju singkat,ketat dgn tudung singkat bukan kombinasi yg baik utk dijadikan uniform bg pelajar2 PPU...cg masa hari pendaftaran dah geleng2 kepala...kata kakak2 senior,"takpe2..diorang tak kena basuh dgn cikgu lagi.."...so,adik2 lower six,faham2 la apa maksudnya ye...

LOWER SIX SMKKB 2011..
hhmmmm...hakikat yg satu ni mmg terpaksa diakui lah oleh oleh semua student yg bergelar upper six smkkb tahun ni bahawa sesungguhnya adik2 kita yg baru masuk ni lebih sporting dan hapening...mulut diorang lagi bising dpd mulut kita masa orientasi kita dulu...diorang lagi sporting,diorang lagi cepat mesra sesama diorang adn diorang jugak legi cepat lawan mulut cikgu dpd kita...

LOWER SIX SMKKB 2011...
hakikat yg satu ni jugak buat kita bengkak hati dgn diorang...bila selisih bahu dgn upper six,jangankan nak tegur,senyum pun tak...dik,awak tu baru lagi(lebih2 lagi bg student dr skolah lain yg masuk f6 kat smkkb) senyum la kalau ye pun taknak bertegur dgn akak2 ngan abang2 awak ni...ok lah,maybe boleh dikonsiderkan yg korang ni malu or segan or maybe mmg 'tak de suara' nak bertegur tp at least please...SENYUM.....kan tu lebih baik sbg tanda utk memulakan ikatan silaturahim....kakak2 dgn abang2 awk ni bukan lah nak sangat awak buat baik dulu,tp sbg tanda hormat tak salah kan kalau adik yg mula dulu...

Saturday, May 07, 2011

warkah buat BONDA........

assalamualiakum buat bonda tersayang...salam sayang dan rindu buat bonda anakanda hulurkan..

sebelum memulakan bicara,anakanda memohon kemaafan dari hujung rambut ke hujung kaki jika warkah ini mengguris hati bonda...

bonda..sejak ayahanda sakit,anakanda melihat bagaimana perit dan pelbagai kepayahan yg terpaksa bonda lalui demi melunaskan tanggungjawab bonda sebagai isteri...
terima kasih bonda kerana setia bersama ayahanda disepanjang hayatnya...anakanda sendiri amat mengagumi ketabahan bonda sehingga anakanda sendiri berasa hebatnya kasih sayang yang terjalin dalam keluarga kita...

bonda,anakanda mengerti akan kesedihan dan kepayahan yang bonda lalui lebih-lebih lagi setelah ayahanda meninggalkan kita...selain bonda,anakanda juga amat merasai kesedihan kerana kehilangan insan yang paling anakanda sayang sepertimana sayangnya anakanda kepada bonda....

belakangan ini anakanda merasakan seolah-olah kita semakin jauh...tapi kenapa ya bonda???mungkin kerana realiti yang bonda akan bawa dalam hidup anakanda..bonda..fahamilah anakanda mu ini....bonda sering mengatakan bahawa anakanda tidak memahami niat sebenar bonda....

hakikatnya,anakanda memahami bonda..anakanda mengerti sememangnya bonda mahukan yang terbaik buat anakanda mu..anakanda mengerti bonda mahukan kesenangan buat anakanda mu ini...setelah pelbagai keperitan dan kepayahan bonda lalui dalam fasa kehidupan bonda,anakanda mengerti mengapa bonda memilih keputusan ini...bonda mungkin mula lelah dengan pelbagai kepayahan hidup..tapi bonda kan seorang kuat..kuat mental dan kental jiwanya...

bonda,anakanda tak meminta kemewahan..anakanda tak minta kesenangan..yang anakanda mahu adalah BONDA...anakanda merindui pelukan hangat kasih sayang bonda...anakanda mendambakan belaian mesra daripada bonda...dalam hidup ini..hanya BONDA yang anakanda inginkan...apalah makna kehidupan dan kemewahan jika anakanda merasa jauh dari bonda walaupun hakikatnya kita dekat???

bonda menyatakan bahawa putera-puteri bonda mula berubah..tapi mengertikah bonda bahawa anakanda2 mu berubah kerana keputusan itu??mengertikah bonda mengapa anakanda2 mu seakan mahu menjauh dari bonda kerana keputusan itu???anakanda2 mu ini khuatir akan menjadi anak yang "menderhaka" kepada mu kerana keputusan itu???

bonda..anakanda mu yang seorang ini memohon dari hati yang paling dalam dengan penuh rendah diri dan kasih sayang kepada mu...ubahlah keputusanmu bonda...biarlah kami anakanda mu ini tidak merasa kesenangan..asal kebahagiaan hakiki dan kasih sayang agungmu ada bersama kami...

BONDA...........
sempena hari ibu,anakanda ingin menyatakan rasa kasih sayang anakanda terhadap bonda...semakin hari anakanda melihat kepayahan bonda,anakanda semakin sayang dan bangga kerana mempunyai seorang ibu yang sangat kental jiwanya...
BONDA..anakanda sayang bonda sangat...
tetapi kerana keputusan itu,anakanda sangat tersentuh...secara jujurnya anakanda merasa semakin jauh dari bonda kerana keputusan bonda itu....


......................................mama,angah sayang mama sangat2.......................................
HAPPY MOTHER'S DAY MA!!