Daisypath Happy Birthday tickers

Thursday, March 24, 2011

Ayah...

...Bismillahirahmanirahim…

Salam…

Nak share perasaan la…

Harini genap setahun pemergian ayah tercinta…

Ayah,

Sesungguhnya….

Angah sangat rindu kat ayah..

Angah bertambah sayang kat ayah…

Dah setahun ayah tinggalkan angah…

Sebenarnya angah sunyi disebalik kegembiraan yg angah rasa…

Sebenarnya angah taklah kuat mana walau angah nampak dah boleh terima pemergian ayah…

Sebenarnya angah rasa kosong disebalik tawa angah dlm kehidupan angah…

AYAH…

Angah sunyi…

Angahtak gembira..

Angah tak rasa angah dpt sokongan penuh dpd adik beradik yg lain…

Angah tak rasa yg angah juga dpt sokongan dpd kawan2 angah…

AYAH…

Angah rasa sekarang angah sangat2 perlukan ayah macam mana ayah selalu buat angah senyum….

AYAH…

Angah rasa angah sangat2 mendambakan keberadaan ayah dlm keluarga kita…

AYAH…

Angah RINDUUUUUUUUUUUUUUU!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

AYAH…

Perasaan angah cepat sangat terusik…

Bila kat rumah,perasaannya lain..rasa mcm banyak benda tersangkut kat pundak angah…

Bila kat sekolah,angah rasa mcn semua org nak menjauh dari angah..angah rasa jauh hati bila kawan2 angah yg selama ni selalu dgn angah macm dah tak hiraukan angah..bila ada masalah baru nak cari angah…mmg angah tak pernah berkira dlm berkawan tp kadang2 bila terlalu nak jaga perasaan dan hati org,angah pula rasa mcm tak dipedulikan…

AYAH..

Angah rasa tertekan…

Angah tau bila kakak takda kat rumah,angah jd yg sulung…tp takkan semua angah kena buat kan??mana yg lain2..tak fakir ke angah pun penat…tak fakir ke angah punya tgjwb yg besar utk penuhi hasrat mama…untuk capai cita2 angah…utk sekali lg ‘gembirakan’ ayah…

AYAH…

Angah minta maaf kalau angah mcm dh putus asa..angah tau ayah tak pernah nak tengok anak2 ayah putus asa kan???

AYAH selalu nak kami usahakan yg terbaik utk diri sendiri dan utk keluarga…

Tapi sngah tak mampu bila angah kena buat sorang-sorang…

AYAH…

Angah RINDUUUUUUU!!!!!!!!!!!!

Angah SAYANGGGGG!!!!!!

~ayah…angah akan selalu rindu,sayang dah ingat kat ayah…inshaAllah…~

~muuaahh!!!~

~angah rindu~

~angah sayang~

Monday, March 21, 2011

~gLittErs oF liFe~: PEREMPUAN MEMANG TAK GUNA....


PEREMPUAN MEMANG TAK GUNA....

bismillahirrahmanirrahim


Saya percaya bahawa apabila anda mula-mula membaca tajuknya, dan membacanya mengikut intonasi yang betul, anda tersangat tidak bersetuju. Sebelum anda mengatakan rasa tidak puas hati itu, eloklah dahulu bertenang dan baca dengan teliti semua fakta yang dikemukakan. Jika ada mana-mana point yang tidak tepat, sila betulkan saya.

1.Perempuan itu tidak guna kain yang nipis untuk membuat bajunya, sehingga terbayang kulitnya. Kerana dia tahu, bahawa pakaian seperti itu adalah pakaian yg layak dipakai oleh perempuan jalang.

2. Perempuan memang tidak guna rantai kaki yang berloceng utk dililitkan pada kakinya. Rantai ini apabila dipakai walaupun tersembunyi tetap bergemerincing dan menarik perhatian orang lain, lebih-lebih lagi lelaki JAHAT. Dia tahu sekiranya dia memakainya juga dia telah melanggar larangan Allah dalam ayat 31 surah An-Nur.

3. Perempuan memang tidak guna minyak wangi yang baunya semerbak. Wangian sebegini mempunyai kuasa penyerakan bau yang amat tinggi kerana kadar kemeruwapannya tinggi. Biasanya kekuatan bau ini menunjukkan kadar kekompleksan rantai alcohol (secara kimia) yg digunakan utk membuat pewangi itu. Perempuan yang tidak memakai wangian yang kuat ini tahu bahawa inilah yang dipesan oleh nabi. Sabda junjungan bahawa wanita yang keluar rumah dgn memakai wangian, adalah seperti pelacur. Bukan tidak boleh berwangi-wangi tetapi bersederhanalah dlm pemakaian wangian tersebut.

4. Perempuan memang tidak guna kata-kata yang keji, kerana dia tahu sesiapa sahaja yang bercakap perkara yang keji adalah mereka yang rendah akhlaknya. Lelaki atau perempuan yang bercakap menggunakan perkataan yang buruk @ jahat, adalah seperti sepohon pokok yang rosak akar tunjangnya. Dia tahu bahawa perumpamaan perkataan yang baik dan buruk dinyatakan dengan jelas dalam ayat 24-26 surah Ibrahim.

5. Perempuan tidak guna masa berborak untuk mengatakan hal-hal orang yang disekitarnya atau dengan kata lain mengumpat, memperkatakan keaiban saudaranya. Dia tahu bahawa sekiranya orang yang suka mengumpat baik lelaki atau perempuan dia seolah-olah memakan daging saudaranya sendiri.
Apakah sanggup kita memakan daging saudara sendiri? Persoalan ini ditanyakan kepada kita dalam firmanNya ayat 12. surah al-Hujurat.

6. Perempuan memang tidak guna tudung tiga segi, apabila memakainya diselempangkannya sehingga nyata bentuk perbukitan pada badannya. Sememangnya ia menjadi tatapan mata lelaki yang jahat yang terkena panahan syaitan. Dia tahu apabila bertudung, dia mesti melabuhkan tudungnya sehingga menutup alur lehernya dan tidak menampakkan bentuk di bahagian dadanya. Pesan Rasul seperti yang disuruh oleh Allah tersebut dalam ayat 59 al-Ahzab. Begitu juga seorang lelaki yang bergelar suami mesti memberi peringatan untuk isteri dan anak-anaknya.

7. Perempuan memang tidak guna lenggok bahasa yang boleh menggoda seorang lelaki. Jika bercakap dengan lelaki yang bukan mahramnya, bercakaplah dengan tegas. Jangan biarkan suara lentukku untuk menarik perhatian lelaki yang sakit dalam hatinya. Sememangnya suara perempuan bukanlah aurat, jika aurat maka Allah tidak akan menjadikan perempuan boleh berkata-kata. Bertegaslah dalam percakapan, jangan gunakan suaramu untuk menarik perhatian lelaki sehingga menjadi fitnah buatmu. Bahaya suara wanita yang bercakap dengan gaya membujuk yang boleh mencairkan keegoan lelaki (yg bukan mahramnya) dicatat dalam ayat 32 surah al-Ahzab. Makna ayatnya lebih kurang begini "?.Maka janganlah kamu tunduk dlm berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dlm hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik" 'Tunduk' di sini ditafsirkan sbg berbicara dgn sikap yang boleh menimbulkan kebaranian orang untuk bertindak jahat kpd mereka. "Penyakit dlm hati" adalah keinginan seorang lelaki utk melakukan perbuatan sumbang dgnnya seperti berzina. Mengapa? Lelaki sangat mudah tertarik kpd seorang wanita melalui suaranya.

8. Perempuan memang tidak guna alat make-up untuk menonjolkan kejelitaannya melainkan di hadapan suaminya sahaja. Adab bersolek (tabarruj) ini amat ditekankan kepada wanita muslim (muslimah) kerana semestinya kecantikannya adalah hak ekslusif yang mesti dipersembahkan kepada suaminya. Jika ingin keluar bekerja, dia memakai make-up secara bersederhana sahaja sehingga tidak jelas kelihatan pada wajahnya dia bersolek. Jangan bersolek sehingga cantiknya anda sehingga kadang2 wajah anda menjadi seperti hantu. Hendak bergincu? Jika bergincu, pakailah yg tidak menyerlah warnanya. atau Mengapa tidak pakai lipstick sahaja?

9. Perempuan tidak guna kain tudung yang jarang-jarang seperti jarangnya jala yang digunakan untuk memukat haiwan akuatik. Kerana apabila memakai tudung seperti ini, akan nampak juga bahagian yang sepatutnya ditutup rapi dari pandangan orang lain. Rambut adalah mahkota, tetapi jangan biarkan mahkota itu tidak 'berharga' dengan menayangkannya tanpa sebarang perlindungan. Jika mahkota berharga disimpan dengan rapi di dlam sangkar, dan ditambah pula pengwal untuk menjaga keselamatannya, maka demikian juga dengan rambut wanita. Sangkar itu adalah kain litup yang sempurna dan pengawalnya pula adalah ilmu yang diamalkan oleh anda untk memakainya dengan cara yang terbaik

wallahua'lam

Sunday, March 20, 2011

**..PeSan seoRang sAhAbAt..**

Bismillahirahmanirrahim..

sepatutnya entry ni ditulis semalam sebab sahabat yg sorang ni anta sms semalam...
dah lama sgt tak contact dia..
semalam tiba2 handphone berbunyi RING..RING..RING..(hehe hp act bunyi lagu never had a dream come true..)
dengar je bunyi phone,cecepat lari2 anak nk tau siapa gerangan yg anta sms..OHH TIDAK!! dia yg anta sms..happynye rasa...terima kasih ALLAH...

msg dr dia berbunyi begini:

Setiap leleki dipertanggungjawabkan kpdnya 4 golongan wanita iaitu ibunya,ibu mertuanya,isterinya dan adik b'adik perempuannya...
Setiap wanita dipertanggungjawabkan ke atas 4 golongan lelaki iaitu bapanya,bapa mentuanya,suaminya dan adik b'adiknya.
Ni lah bukti Allah memuliakan wanita.
Renungkan kata2 diatas. ;)

mula2 mcm tercengang,tp lama2 mula faham..
thank you ya sodikati!!

iA saya akan cuba utk memudahkan org2 yg berkaitan utk memikul tgjwb terhadah saya yg dimuliakan Allah sbg WANITA.....

Sunday, March 13, 2011

..**rindu DIA!!**..

Salam…

Tiba2 rasa lain..

Tiba2 rasa rindu..

ada yg dah cuit hati saya..

ada yg dah ketuk pintu hati saya…

saya cuba berubah..

utk jd lebih baik kerana DIA…

saya cuba berubah..

utk lebih merindui DIA…

saya cuba berubah..

utk lebih disayangi oleh DIA…

bila dengar lagu open your eyes dgn rapuh..

hati makin rindu..

mula terasa yg saya jauh dr DIA…

saya tengah cuba..

utk jd lebih dekat…

sebenarnya saya saying DIA…

tp saya selalu LALAI…

saya selalu ALPA…

padahal DIA dah beri saya mcm2 nikmat hidup..

saya dh rasa kejayaan dlm apa yg saya usahakan…

saya dh rasa bahagia dgn kasih sayang keluarga saya..

saya gembira bila dengan kawan2 saya…

tp saya yg selalu menjauh dari DIA..

tp DIA tak pernah lupakan saya..

DIA tak pernah jauh..

Malah makin dekat..

DIA selalu ada bila saya dlm masalah…

DIA selalu ada bila saya nak mengadu…

Saya rasa tenang bila saya dekat dgn DIA…

Saya rasa lega bila dpt mengadu pd DIA…

TERIMA KASIH!!

*kak taqi,

Jgn jauh dari angah ye…

Tlg ingatkn angah bila angah makin jauh dr DIA…

Tlg beri angah galakan utk lebih dekat dgn DIA…

Angah sayang kak taqi juga kerana DIA…

*puteri bie..

You’re my bestie ever after…

Bie,nin sayang bie..

Bie inspirasi nin utk lebih dekat dgn DIA…

Wednesday, March 09, 2011

..**tAk Aci!!!**..

salam...alhamdulillah dah keluar dari ..**zon tekanan tinggi**..
exam dah habis..lega sangat..dah buat yang terbaik dan sekarang tawakal je..mengharap dpt result yg baik yg boleh jd pmbakar semangat utk buat yg terbaik dlm STPM 2o11...
ni baru exam pertama sbg pelajar PPUA...exam kali ni banyak sgt cerita 'best' yg menghangatkan kelas!!!

exam harini mmg gempak...
ada juga la hati yg geram..bukn aku sorang je...
masa ada waktu senggang before sitting for the last papper budak2 dlam kelas bising yang amat..mcm tak ingt dunia..mcm kelas tu diorg jr yg ada..tak sedar ke mengganggu orang lain..bila orang suruh diam pandai cakap mcm2..paling takleh tahan ayat ni "koya baco la"
kenapa??salah ke nak baca buku??
masing2 sibuk buat bising..bila tiba time nak jwb exam ngango..bila takleh nak jwb mula la nak bukak buku dlm exam..mula la bukak lipatan2 kertas 'nota ringkas"...suka hati je...puas hati ke bile dpt result gempak tp sbb MENIRU??

mmg ..**TAK ACI**..

Org lain susah payah perah otak nk dpt the best result,org lain senang2 je ceduk jawapan dlm buku,nota n ada gak yg ambik 'santan yg org lain usaha perah'...

kalau nak dpt hasil yg terbaik..
kelapa kena kukur sendiri..
kena perah sendiri..
barulah puas hati bila dpt hasil nanti...
kalau ambil satan yg orang lain susah payah usahakan..
nant santan tu CEPAT BASI!!!

haha...
faham ke pada sape yg terbaca entry ni??
kalu tak faham..
buat2 faham lah k...!!

Wednesday, March 02, 2011

..**zOn teKanAn tinGGi**..

salam..
hanin,awak tengah stress kan??
sian awak..bnyak benda tu yang awak fikir..
sekarang awak dah masuk dalam "ZON TEKANAN TINGGI" dalam fasa hidup awak sebagai pelajar sebab sekarang ni musim EXAM!!

awak tau tak kenapa awak stress setiap kali nak exam??
sebab awak tu kadang2 tangguh2kan kerja..tunggu last minute baru nak study..awak takleh la buat mcm tu lagi...STPM tak sama mcm SPM...berkali2 ganda lebih susah tau tak..
so sejarang try ubah cara belajar k!! STPM pun lama lag..boleh la try ubah cara study pelan-pelan..jgn la pulak paksa sangat diri tu..sebab awak kan tau kemampuan awak!!


HHuAA..!!
tolong-tolong!!
saya tengah stress..
sama erti juga dengan sedang berada dalam zon tekanan tinggi...
sekarang musim exam..macam tak cukup masa je nak cover semua subjek..time-time cam ni mula la nak cakap sorang-sorang..cakap dengan dinding..mula tak nak 'bergalok' dengan kawan2...semua sebab EXAM!!
mula-mula cikgu cakap exam hari isnin..tup-tup di cepatkan hari sabtu ni sebab sabtu ni hari sekolah utk ganti 'CUTI CINA'(ni act cuti tahun baru cina..tapi kemek(my little cousin) cakap 'cuti cina'..haha...)...
bila dah cikgu cakap gitu baru tau nak ge;labah..
PADAN MUKA awak HANIN!!!

dah2 start concentrate to you study hanin!!!
puasa from facebooking!!(wpun tak selalu online)
stop chit chatting with your friends!!
stop blabbering yang bukan2..!!
stop keep on doing you daydream!!

stop..!!stop..!! and stop..!!

NOW...
start studying!!
start to do revision!!
start memorizing!!
start to be more focus in class!!!
and start to perform in your best and
hope for the best and always prepare for the worst!!


do the best for you future ya!!
for your family...


hanin...
semoga success dalam exam pertama di PPUA2!!