Daisypath Happy Birthday tickers

Wednesday, March 13, 2013

Idola baru saya..


DIA,
seorang insan berjaya..
berjaya mendidik anak bangsa dengan ilmunya,
dia mampu mentarbiyah jiwa dengan agama yang diamalkannya..

memerhatikannya shj dpt mengocak ketenangan hati..
memerhatikannya dengan pandangan hati dan akal,
bisa menggoncang hati-hati manusia yang sentiasa dalam keselesaan..

DIA,
insan hebat yang dipilih Allah..
DIA,seorang mualaf,
dia seorang orang kelainan upaya,
mata zahirnya yidak dapat melihat..
langkah kakinya diatur ditemani sahabat yang sentiasa disisi..

Subhanallah...



KOTA KINABALU: Sejarah tercipta bagi Universiti Malaysia Sabah (UMS) apabila buat julung kalinya seorang pensyarah dari golongan orang kelainan upaya (OKU) telah mendaftar sebagai kakitangan di universiti itu kelmarin.

Prof. Madya Dr. A. Rahman Tang Abdullah yang berasal daripada Muar, Johor telah mendaftar secara rasmi sebagai kakitangan akademik UMS di Pejabat Pendaftar, Bangunan Canselori UMS. Beliau yang mempunyai masalah penglihatan datang ditemani anak lelakinya dan akan bertugas di Sekolah Sains Sosial UMS.

Ketika ditemui, beliau menyatakan rasa bertuah dan sangat berterima kasih kepada pihak UMS atas tawaran yang diberikan tanpa mengira kekurangan yang ada padanya apatahlagi diberi peluang untuk meneruskan karier di universiti yang berprestij negeri ini.

“Tawaran ini membolehkan saya meneruskan cita-cita menabur bakti kepada nusa dan bangsa. Ia juga bertepatan dengan keinginan saya untuk menambah pengetahuan dan membuat penyelidikan mengenai sejarah di Kepulauan Borneo khususnya di Sabah dan Sarawak,” katanya yang mempunyai kepakaran dalam sejarah Malaysia.

Tambahnya, walaupun baru pertama kali menjejakkan kaki di Negeri Di Bawah Bayu ini, beliau sangat tertarik dengan negeri ini yang disifatkan sebagai negeri yang dinamik dan mempunyai pelbagai tarikan di luar jangkaan.

Ketika diminta mengulas kedudukan golongan OKU di negara ini, Rahman menyeru agar semua golongan yang senasib dengannya perlu sentiasa peka dan proaktif mengikut peredaran arus perdana.

“Kita harus akui bahawa dunia bukan dicipta untuk satu golongan sahaja. Oleh demikian, kita harus sentiasa mengikut peredaran ini dan proaktif dalam mencari peranan masing-masing yang telah ditentukan oleh-Nya,” katanya.

Walau bagaimanpun, beliau tidak menafikan bahawa golongan OKU juga memerlukan perhatian daripada masyarakat setempat.

“Kami sangat memerlukan empati daripada orang ramai agar mereka faham mengenai keadaan kami. Itulah yang sebenarnya kami inginkan dan bukannya perasaan simpati terhadap kekurangan yang dimiliki,” katanya yang sebelum ini bertugas selama 18 tahun di Universiti Antarabangsa Malaysia (UIA).

Rahman memulakan kariernya sebagai tutor di Universiti Malaya pada tahun 1992. Setahun kemudian, beliau bertugas sebagai pensyarah di UIA sebelum melanjutkan kariernya di UMS pada tahun ini. Walaupun mempunyai masalah dalam penglihatan, ia tidak menghalang beliau untuk menamatkan pengajian peringkat Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) di School of Oriental and African Studies (SOAS), University of London.


Thursday, February 28, 2013

Mama


salam.. ^_^

cuti dh habis.. dh 2 minggu mula sem baru..
Alhamdulillah,iAllah sem ni akn jd lebih baik dr sem lps...

cuti sebulan duduk rumah je..tp ttp seronok sbb ada dgn family..
TQ Allah sebab masih bg peluang tu.. masih bg peluang utk ada dengan mama..
balik sini sedih la pula..

mama..
wpun badan mama xkuat, mama mama xnmpak sgt sbb mmg kena pakai cermin mata dr darjah 1,ditambah pula dgn diabetes n skarang mama ada katarak.. mkin kabur la plak penglihatan.. tapi dlm keadaan mcm tu,wanita yang sangat kental jiwanya ni ttp bawa anak2 dia keluar jalan2 wpun sekadar pusing2 JB n keluar beli keperluan..
angah sendiri pun xberani nak drive kat JB..

selama angah dgn maam, angh tgk mama pagi2 keluar keje..ptg balik dh dekat maghrib sbb JB sgtlah sesak.. lps Isya' mama mula senseng lengan baju,masuk dapur buat kuih jualan plak.. alhamdulillah,apa yg dpt tu,lpslah buat topup minyak kereta... 

honestly,
angah xtau macam mana nak ucap terima kasih kat mama.. angh xtau mcm mna nak express perasaan angh bila tgk mama mcm tu..
 mama xsihat,tp still jadi kuat utk teruskn hidup.. mama SANGAT kuat !!!

hari mama nak anta angah g airport, angh baru terperasan kaki mam ada luka.. mama sendiri pun xperasan kaki mama luka.. sbb mama kata mama xrasa sakit.. kaki mama mmg mcm tu.. xkan rasa sakit walau kena cucuk dgn jarum.. hari2 kaki mama kebas2.. luka tu mcm dalam.. angh risau tgk kaki mama.. diabetes mama sgt tinggi.. mama PLEASE take care.. jumpa la doktor selalu.. luka kaki kita xleh dressing sendiri..

hari2 angah mnta mama jaga diri..pesan kat mama take care.. angh risau luka kaki mama makin teruk..nnti mama sakit lagi.. N mama mesej angh mama cakap 
"takpe angah.. mama dah rasa mcm2 sakit..yang lebih  dari tu lg so just forget about luka yg kecik ni ye..mama sayang angah ;)"
owh! tersentap sendiri.. #Nanges!!!

angh lupa pasal tu..mama mmg dh banyak hadapi sakit..macam-macam! tp angh risau jgk.. 

semoga Allah beri mama kesembuhan..kekuatan..ketabahan..kesenangan,kebahagiaan dunia akhirat.. dan semoga JANNAH kediaman abadi mama nanti.. insyaAllah.. 


Thursday, January 31, 2013

tahniah SAHABAT!!!




assalamualaikum..
sy tulis entry ni untuk awak..
sy nak ucap CONGRATULATION !!!

finally .. 
Alhamdulillah Allah bg awak apa yang awak nak..
dr lepas SPM awak nak ambik ID kan?..
Allah minta awak sabar sikit je.. sbb dia nak bg awak rasa HAPPY yg lebih dpd saya..dpd kwn2 yang melangkah dulu dpd awak...


TAHNIAH again dr saya..
sy tumpang happy utk awak...
awak tgk sy kt bawah ni... nanges tau sbb gembira sama dgn awak..

inshaAllah kita akn sama2 berjaya...
sikit untuk awak..
jadi budak U ni penat tau...
take care..
blajar elok2..
nanti sy grad,awak dtg tau.. n sy dtg bla awk grad plak nnti..




is the


to success.. 

big smile,tight hug for you dear..

Saturday, January 19, 2013

dah ada kat rumah^^


assalamualaikum..
alhamdulillah masih diberi ruang oleh Allah untuk menyedut oksigen Johor ni..
alhamdulillah jg diberi peluang untuk jamah masakan mama.. wpun nsi lemak ni xlengkap tanpa timun,kacang n ikan bilis tp mmg air tgn mak is the best..

the best moment when we're home is to see our mom smiling and hug us tight.. kan???
^_^

Wednesday, January 16, 2013

Wednesday, January 09, 2013

Perjalanannya...

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum..
ni entry pertama dalam bulan pertama 2013 pada hari terakhir dalam 10 hari pertama Januari 2013.. ^^

Perjalanannya..???
perjalanan siapa??
dialah..orang kat bawah ni..
ni mama saya..

hari ni,mama dah masuk 50 tahun.. 
Alhamdulillah.. dah 50 tahun mama diberi nikmat kehidupan,diuji dan diberi kegembiraan,hidup dalam nikmat Islam,iman dan perjalanan hidupnya, hanya orang-orang sepertinya sahaja yang mampu laluinya..dalam perjalanan hidupnya,dia banyak bersendiri..walau hakikatnya dia ada ramai sangat kawan..

dia wanita positif..wanita cantik dan sabar yang bisa menyembunyi perasaan dengan senyum,gurau dan tawanya.. dia mampu memaafkan.. dia wanita yang melukis kekuatan melalui masalahnya..tersenyum disaat tertekan,ketawa disaat hatinya sedang menangis,tabah saat terhina,mengasihi tanpa minta dibalas dan dia bertambah kuat dalam doa dan pengharapan kepada Allah..

harini,dia telah mencapai usia 50 tahun.. semoga dia dipanjangkan umur dengan keimanan,untuk dia melihat kejayaan seorang demi seorang anak-anaknya.. Aamiin..

mama,angah tulis ni untuk mama.. semoga hari-hari mama yang akan datang akan membawa bahagia pada mama.. semoga mama tetap merasa Allah menyayangi kita.. macam yang mama selalu pesan kat angah.kakak dan adik-adik..  ^^

10 tahun pertama fasa kehidupannya..

10/1/1963..
mama diberi peluang untuk melihat dunia..
tok cik kata,mama lahir lambat dari yang sepatutnya..maknanya mama dalam rahim atuk lebih dari 9 blan 10 hari la..
maka,dari hari tu,bermulalah perjalanan mama sebagai hamba Allah di muka bumi ni..
angah tak tau hari-hari mama dalam tempoh ni.. yang angah tau, dalam tempoh ni ada masa mama terpisah dengan ayah mama..mama pun hiduplah dengan mak mama,mak sedara n opah mama.. mama tinggal kat kuaters warden penjara sebab tok bak keje kat sana.. dalam tempoh ni, mama dah ikut mak mama(atok) dgn tok pah jual kueh kat penjara.. 
masa mama tujuh tahun..mama masuk darjah satu..
mama selalu cerita kat angah,kakak dan adik2 mama dulu pergi sekolah sendiri.. xkene anta dan ambik dari sekolah kat depan pagar sekolah..maknanya,kitorang ni terlebih manja la kan ma? hehee.. ^^
mama cakap dari hari pertama mama masuk sekolah darjah satu,mama pergi sendiri..naik bas sorang-sorang sampai sesat-sesat.. 
kehidupan mama sebagai pelajar sekolah;
  •  hari-hari pergi sekolah sendiri.. 
  • jalan kaki,naik bas n jalan kaki untuk pergi dan balik rumah..naik bas paaagi-paagi..keluar rumah gelap,sampai rumah pun gelap.. hari-hari.. macam tu.. 
  • mama sekolah xde pergi-pergi tuition mcm kawan-kawan mama yang lain..
  • mama xdapat participate dalam kokum kat skolah masa hujung minggu mcm kwan-kawan yang lain sbb kene buat keje rumah..
tapi mama xkisah semua tu.. mama xkisah xdapat pendidikan mcm orang lain..yang disokong oleh mak ayah diorang.. dari kecik mama tinggal dengan tok pah..
bila atok nikah dengan tok mad, mama tok pah jaga.. mama jadi cucu tok yang tersayang..hehee^^

nak makan kenyang-kenyang kat sekolah memang tak la..nak beli buku pun terpaksa minta duit dgn atok..bila minta dgn atok,bukan senang nak dapat.. ye lah,atok xkeje..yang ada duit tok mad aje.. tok mad pun ada anak sendiri.. mesti dia dulukan anak-anak dia kan? tapi mama xde lah terabai terus..
tapi macam tulah, kehidupan sekolah mama..

10 tahun kedua fasa kehidupannya..

dalam tempoh ni,mama dah jadi remaja.. walaupun hidup mama xde keluarga sempurna yang boleh memberi belaian kasih sayang pada mama..hidup mama xsunyi dpd gelak tawa sebab mama ada kawan-kawan yang kecoh habis.. kawan-kawan baik yang sampai harini caring sangat sesama mereka... angah pun xde kawan sebagus tu..hehee^^

ni la geng2 mama..

mama banyak cerita pasal pengalaman hidup remaja dia.. seronok dengar..
dalam tempoh ni.ada cerita pasal puppy love mama..  yang paling best, dalam tempoh ni mama jumpa ayah.. mama dengan ayah jumpa masa kursus pengawas negeri johor.. kalau dah jodoh,jarak bukan apa-apa.. mama kat JB,ayah kat PONTIAN..  dalam kursus pengawas tu pula,sepatutnya pengawas form 5 aje yang ada.. tapi mama dgn cik ana yang masa tu form 4,cikgu ajak ikut kursus.. 


10 tahun ketiga fasa kehidupannya..

dalam tempoh ni..mama dah jadi dewasa.. sangat dewasa..pengalaman yang mendewasakan mama..
dalam tempoh ni,mama jadi isteri..mama jadi mama.. mama dapat kakak,mama dapat angah,mama dapat kak cik..
dalam tempoh ni lah pertama kalinya mama jumpa semula dgn tok Hussin..ayah mama..jumpa pada malam mama nak nikah n jumpa masa mama diwalikan tok Hussin..
bila angah tanya apa perasaannya,mama jawab mestilah happy sangat..
dalam tempoh ni jugak mama kehilangan orang yang paling mama sayang.. opah mama,tok pah kitorang dijemput penciptaNya..
masa tu,ayah demam..jadi ayah ambik cuti n rehat kat rumah.. angah kat mana? angah dalam rahim mama lagi.. lagi sebulan nak menjengah dunia.. mama tengah potong tembikai..lps tu,bunyi fon..mama yang jawab sbb ayah tengah tidur..orang yang call tu bagitau, tok pah meninggal.. mama manangis sbb orang yang jaga mama dari kecil meninggal..mama habiskan potong tembikai dan segera mama dgn ayah balik johor..ayah xdpt nak drive sangat sbb ayah masih ngantuk kesan ubat demam n ubat batuk yang ayah makan..
mama sampai johor,tok pah dah dikebumikan..
malam tu mama makan nasi dgn lauk dalca yang tok pah masak.. tok pah meninggal masa tgh masak.kiranya,tu masakan terakhir dr tok pah untuk mama..
dalam tempoh ni jugak, mama kehilangan ayah dia buat selama-lamanya.. arwah atok meninggal sebab kemalangan jalan raya..boleh dikira berapa kali mama jumpa atok.. tapi mama tak pernah lupakan atok..mana ada anak lupa ayah kan??

10 tahun keempat fasa kehidupannya..
dalam tempoh ni, angah membesar dengan kasih sayang mama dengan ayah..
dalam tempoh ni, macam-macam yang mama lakukan untuk teruskan hidup dan mencukupkan kebutuhan kami..
dalam tempoh ni, mama dapat aizat dgn adik.. hari-hari mama kene inject insulin sendiri.. setiap kali mama nak inject, ayah akan 'lari' sebab ayah takut jarum.. angah la yg akan tolong 'cubit'kan sikit peha mama masa mama nak inject.. sampai lebam-lebam mama kene inject.. hari-hari mama kene g ambik darah kat hospital..bukan sekali sehari..tapi  6 kali sehari..
yang angah igt,dalam tempoh ni, kakak,angah dgn kak cik akan manyibuk kat tempat mama berniaga..
mama buka warung SELERA JOHOR dekat medan selera D'cafe.. tiap-tiap hari mama bawa balik bekas-bekas kosong sebab makanan yang mama jual semua laku.. hehee.. warung mama paling famous.. hari-hari full house.. hari-hari orang call suruh simpankan makanan.. artis-artis pun ada dtg makan kat sana..
kami adik beradik pun seronok juga.. kami makan free ^^... mungkin sbb tu lah kami ni 'sehat' sangat..^^
bila pregnant kan aizat,mama dh x larat...jadi terpaksa berhenti berniaga.. 

10 tahun kelima fasa kehidupannya..
dalam tempoh ni,angah melihat susah payah mama.. angah rasai susah payah mama..
dalam fasa kehidupan yang ini..kita sangat happy..melalui hidup kita dengan ayah.. sampailah masanya Allah beri kita sedikit ujian.. 2006,ayah jatuh sakit.. stroke.. tapi alhamdulillah,ayah bertambah sihat hari demi hari.. tapi,dalam tempoh tu, macam-macam susah yang mama lalui.. yang paling angah ingat, macam mana kita survive masa tu..

alhamdulillah juga, Allah berikan pertolongannya.. allah beri mama keistimewaan.. allah beri mama tangan yang memberi hasil yang baik setiap kali mama masak..
hari-hari.minggu-minggu, xpernah putus ada orang order makan dengan mama..
nanti angah dengan kakak la yg akan tolong mama..kan ma??
bila ada jamuan call to the bar,kita pun xtido malam sebab nak siapkan order orang..
mmg masa tu,Allah beri rezeki untuk kita melalui makanan..

selain kita buat order orang, angah tahu dari situ je mmg xcukup utk kita waktu tu..
tiap-tiap hari rutin mama:

  • pagi siap-siap pegi keje n anta anak-anak g skolah
  • tengah hari balik rumah tengok ayah..
  • lps waktu lunch,balik office smule..
  • petang balik keje,bawak ayah keluar..jalan-jalan..
  • malam lps Isya,tidur kejap..
  • kul 3pagi mama bangun buat kueh.. kueh apa-apa lah..karipap,keria,donut,sandwich breadcrumb, chicken pie, sampai jemput-jemput bilis pun mama buat untuk jual kat office.. angah tau mama pun mesti rasa malu kan walaupun kueh yang mama bawak tu xpernah xhabis.. mesti mama malu kan duduk kat kerusi kat pintu masuk mahkamah..tggu kawan-kawan office mama datang beli kueh.. TQ ma untuk semua tu..
  • lps tu,kul 7 mcm  biasa gerak anta anak-anak g skolah n g office..
  • balik,ulang rutin yang sama.. hari-hari mcm tu..

bila ada orang order kek,cup cake atau kek lapis, satu malam mama x tido langsung.. angah pun sama.. kalau mama xtido,angah pun x tido.. balik kelas malam kul 10,terus tolong mama siapkan order..sampai tersengguk-sengguk dalam kelas esoknya.. hehee^^..

24.3.2010..
kita satu keluarga rasa kehilangan.. Ayah pergi tinggalkan mama..tinggalkan angah,tinggalkan kakak dan adik-adik.. tiap-tiap hari angah nampak mama nangis kat sejadah.. sampai harini mama masih nangis setiap kali berdoa untuk suami mama.. hari demi hari berlalu.. kita seakan boleh hidup tanpa ayah..tapi sesekali bila rasa tu datang,angah akui,angah sendiri x kuat untuk hadapi nya.. apa lagi mama yang berpuluh tahun berkongsi hidup denga ayah..

dari tarikh tu, mama banun semula..bangun untuk kami.. anak-anak dia.. apa yang mam xbuat untuk kami?? xpernah sekejap pun mama putus asa.. malah mama terus berusaha sampai diri sendiri xterjaga..

kalau nak ditulis semua perjalanan hidupnya, hanya mama yang mampu mencoret kenangan itu sbb banyak lagi perkara yang mama xberitau angah.. masih simpan kenangan dan perasaannya sendiri.. mama..mama..mama..

 seburuk mana pun mama..
mama tetap mama angah..
mama tetap sayang anak-anak mama..
angah tetap sayang mama..
mama adalah mama yang terbaik..
mama adalah wanita cekal yang sentiasa meberi kebahagiaan pada anak-anak mama..
mama sentiasa ketawa dihadapan kawan-kawan mama..
mama selalu menangis bila bersama Allah.. 
angah sayang mama..
mama bagi angah adalah seperti matahari..
matahari yang menyah kegelapan dengan sinarnya..
matahari yang xpernah padam sinarnya..
matahari yang hanya akan padam apabila kiamat..
begitulah mama..
mama yang sentiasa hidup semangat juangnya..
mama yang iAllah akan mamperoleh SYURGA atas segala pengorbanan,kasih sayang dan tunjuk ajarnya..

Angah SAYANG mama..
^_^

Monday, December 31, 2012

31/12/2012


Salam hanin.. 6 jam dari sekarang, dah masuk tahun baru..
 tahun 2013.. 
6 jam dari waktu sekarang awk dah  21 tahun hidup atas dunia pinjaman Allah ni...
Bersyukurlah atas segala nikmat,kurniaan,kebahagiaan,ujian dan kesedihan yang awak lalui sepanjang 2012.. Berterima kasih pada insan2 yang mewarnai hidup awak sepanjang 2012 ni.. 
Maafkan semua salah silap insan lain pada awak..
 lupakan hal-hal yang buat awak berduka..kenang hal-hal manis yang awak rasai..
jangan menyesali kesilapan awk tahun ni.. tekad untuk perbaiki diri pada tahun depan..
semoga tahun 2013 lisan dan perbuatan awak akan lebih ikhlas dan lebih IHSAN..



Banyak yang awak lalui sepanjang 2012 kn?
mungkin apa yang awak lalui xseteruk orang lain sehingga awak layak untuk MENGELUH..
mungkin apa yang awak lalui xsehebat orang lain sehingga awak layak untuk BERBANGGA..
tapi awak setiap apa yang berlaku dalam 2012 ni,membuat awak makin kenal erti hidup kan??
ada permulaan yang sukar awak lalui..tapi,tu baru permulaan..iAllah ia permulaan untuk satu perjalanan dan perjuangan yang panjang.. 
jgn hiraukan perkara yang dah lepas.. tahun baru,azam baru.. be a new HANIN in 2013..will you??



another yeah without ayah will passed in a few hour..and another year without ayah will come..
how will i live my life?
will it be the same as 2012..
rasa sunyi yang disembunyi..
rasa sedih bila bersendiri..
rasa cemburu bila tengok orang lain call ayah dia..mengadu dia letih..mengadu dia xde duit..mengadu dia susah..mengadu dia xde tu,xde ni.. 
share dia happy..share dia buat tu,buat ni dengan ayah dia..
UNTUNGlah dia..
tp awak kena bersyukur sbb awak ada dgn ayah awak masa ayah awak pergi..xdapat nak bayangkan kalau ayah awak pergi masa awak duduk jauh kat sini.. bayangkan perasaan kawan awak Nor Hashima bt Abu Bakar bila ayah dia pergi dalam keadaa dia tgh bersiap nak hadapi final exam..

tapi setahun 2012 tanpa ayah terchenta,awak tetap ada mama tersayang kan?? ^_^
sayang+chenta+kaseh+rindu mama jiddan jiddan.. ^_^
hanya Allah yang tahu sebab angah sayang mama fillah..

2012..
banyak awak punya 1st time dalam 2012 kan hanin??
  • 1st time awak dengan rasminya menjadi penduduk bumi Johor..
  • 1st time awak gunakan 'kederat' awak sendiri untuk ber'koje',walaupun depan rumah je..walaupun utk 3 minggu je..tapi berbaloikan pengalaman tu??
  • 1st time awak belanjakan hasil usaha awak utk belikn baju raya hero-hero awak tu..
  • 1st time awak pergi JAUUH dr keluarga awak kn??(xde la jauh mana pun nak banding dgn org lain yag ke england,london,australia n so on kn??)..xpe lah hanin..jauh pun awak pergi belajar kn?? belajar tu jihad kan? belajar tu untuk masa depan awak kn? belajar tu iAllah untuk agama Allah jg kan?
  • 1st time awak kenal TARBIYAH kn?? ni baru permulaan,awak kene kuat untuk istiqamah.. susah kn nak teruskan apa yang awak mulakan?? awak perasan x? awak terlibat dlm dunia tarbiyah ni secara XSENGAJA? semua tu perancangan Allah..xde sesuatu yang terjadi sebab kebetulan.. sekarang awak tau kn kenapa awak Allah letakkan di UMS?


pantai ODEC UMS.. bercita-cita untuk sampai sini satu hari nant..iAllah..


UMS..
disini permulaannya.. bersama opah,keluarga mak long dan keluarga mak ngah..
dah lama xjumpa..sebab nak ke Sabah,dpt la jumpa mereka-mereka yang saya sayang dan sayang saya...
Alhamdulillah..

di UMS saya belajar BANYYYAAKKKK benda baru.. pelajaran baru,kawan baru,rasa manisnya ada kakak-kakak dan adik-adik kat sini ketika diri sangat rindu pada keluarga yang jauh dari mata...

kat UMS,awak mula untuk belajar untuk berbulatan cinta..tapi masih belajar..masih berusaha untuk berkomitmen..mula terasa manis gula-gula iman..

kat UMS awak mula kenal erti
Alahmdulillah...

dan sekarang di UMS awak tengah struggle untuk FINAL exam... 
good luck hanin.. belajar bagus-bagus..
jawab exam nant elok-elok..
biar nanti awak happy-happy amek result..


 this is just the beginning.. DONT QUIT..DO IT..


cukup lah sampai sini dulu untuk hari ni..untuk tahun ni..
gunakan kesempatan yang awak ada untuk sentiasa menjadi hambaNya yang lebih baik.. Allah sentiasa memaafkan hamba2Nya.. kasih sayang Allah sentiasa mendahului kemarahanNya.. Allah pada sangkaan hamba2Nya.. 

 semoga 2013 menjadi tahun yang lebih baik..menjadi tahun yang menjadikan awak anak yang lebih solehah,hamba yang lebih beriman,dan menjadi insan yang sentiasa menghargai dan mensyukuri setiap apa yang awak lalui dalam hidup awak..

hanin,your 1st mission in 2013..
DO THE BEST for you final exam!!!